i-Tegur
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

DASAR PRIVASI APLIKASI MUDAH ALIH

PRIVASI

Aplikasi Mobile i-Tegur merupakan satu inovasi baharu KPKT dalam memberi kemudahan kepada orang awam untuk membuat sebarang aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan menggunakan telefon pintar. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store, dan Huawei AppGallery. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

MAKLUMAT PERIBADI

Aplikasi ini tidak akan memaparkan maklumat peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat peribadi yang direkodkan juga tidak akan dikongsi dengan organisasi lain kecuali dinyatakan secara khusus.

MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

  1. Aplikasi ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran aplikasi untuk capaian ke sistem aplikasi.
  2. Data peribadi yang dikumpul adalah seperti berikut ;
    1. Nama pengguna
    2. Nombor telefon
    3. E-mel
  3. Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.
  4. Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.

KESAN JIKA DATA PERIBADI TIDAK DIBENARKAN

Sekiranya data peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.

KERAHSIAAN

Data peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

KESELAMATAN DATA

Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.

NOTIS PENAFIAN

Anda tidak akan mempunyai akses kepada Aplikasi i-Tegur anda melainkan anda telah bersetuju dengan dasar privasi ini. Dengan mengakses dan menggunakan mana-mana bahagian ciri baharu i-Tegur ini, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami dasar privasi ini dan bersetuju membenarkan data anda.

Kembali ke paparan utama