APLIKASIMOBILE i-Tegur

Satu inisiatif pembangunan aplikasi secarain houseoleh KPKT. i-Tegur memberi kemudahan kepada orang ramai membuat aduan melaluimobile.

AplikasiMobile i-Tegur

AplikasiMobile i-Tegur merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh KPKT untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaluimobile.

Objektif AplikasiMobile i-Tegur

Menjalin hubungan akrab PBT dan rakyat melalui penyediaan saluran aduan yang mesra pengguna dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat; dan

Pemantauan dan pengurusan aduan lebih berkesan kepada pengurusan atasan PBT dan KPKT melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai.

Fungsi AplikasiMobile i-Tegur

Membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secaraMobile;

Memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih responsif; dan

Memantau statistik aduan oleh PBT atau JKT melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien.

Berikut adalah 3 syarat penting Pengguna AplikasiMobilei-Tegur

1 - Android dan iOS

Aplikasi ini dibangunkan untuk pengguna Android dan pengguna iOS.

2 - Mobile Communication Standard

Capaian terbaik bagi pengguna Aplikasi Mobile i-Tegur adalah High-Speed Downlink Packet Access (HSDPA) 3.5G ke atas iaitu 3G -3G, H – 3.5G, H+ - 3.75G dan LTE – 4G.

3 - Fungsi GPS

Pengguna hendaklah mengaktifkan fungsi GPS sebelum menghantar aduan melalui Aplikasi Mobile i-Tegur.

Prestasi Capaian i-Tegur


Manual
Muat Turun
Aplikasi
Mobile

Manual Pendaftaran Pengguna i-Tegur

Manual Pengguna Aplikasi
Mobile

Manual Pengguna i-Tegur
Action

Manual Sistem Dashboard i-Tegur

Slide Pembentangan Pelancaran i-Tegur

Panduan Penggunaan

Screenshot dan Tatacara menggunakan Aplikasi i-Tegur.


Video Pelancaran

Tutorial AplikasiMobile i-Tegur

Pasukan Pembangun
Dan Rakan Strategik

KPKT

Bahagian Teknologi Maklumat &
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

JKT

Bahagian ICT, Jabatan Kerajaan Tempatan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

PLANMalaysia

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP)

Rakan Strategik

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
dan
Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK)